Headlines Popular
Telemovie menarik - Katarsis, Janji Temu dan Janji Terbukti - bakal menemani penonton pada Disember ini menerusi slot Panggung Seri, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di RTM1.
Hari ini jam 8.30 Malam.
-----
FESTIVAL muzik terbesar pernah diadakan di negara ini, Live & Loud Kuala Lumpur '07 akan berakhir esok, dengan menampilkan konsert World Music - Heritage & Culture.
Persembahan dijadualkan bermula seawal jam 3 petang dan berakhir pada 10 malam, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Park.
Artis utama persembahan berkenaan ialah juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Mawi, dan penyanyi veteran yang cukup dikenali dengan lagu Hijau, Zainal Abidin.
Artis lain yang turut mengadakan persembahan ialah bakat yang dicungkil daripada program AF, kumpulan kebudayaan daripada Kemboja, China, Jepun, New Zealand dan Malaysia.
-----
Filem Across The Universe
Tajuk Filem: Across The Universe
Pelakon: Evan Rachel Wood, Jim Strugess, Joe Anderson, Bono, Salma Hayek
Pengarah: Julie Taymor
Penerbit: Suzanne Todd, Jeniffer Todd dan Matthew Gross
Genre: Drama/Romantik/Muzikal
Durasi: 131 minit
Tarikh Tayangan: 29 November 2007
-----
Pengacara Muda
Inilah kisahnya pasal seorang selebriti muda dan bergaya ni. Maklumlah sekarang ini ramai yang daripada berlakon dan menyanyi beralih angin sebagai pengacara. Perkara itu memanglah bagus, sekurang-kurangnya ada anjakan paradigma kata orang. Kalau asyik nak harapkan orang serupa untuk jadi pengacara, silap-silap hari bulan tak ada pula pelapis dalam bidang pengacaraan.
Bagaimanapun gara-gara nak beri peluang pada pelapis muda yang juga seorang selebriti ini mengacarakan sebuah program bikin orang di belakang tabir jadi pening kepala. Mana tidaknya si pengacara ini apabila bercakap main hentam saja. Penggunaan bahasanya, fuhh dahsyat sungguh. Silap-silap kalau orang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada kat situ memang pengacara tu kena.
Lepas itu suka pula cakap merepek dan meleret sehingga rakan pengacara yang seorang lagi terpaksa bawa dia semula ke topik perbincangan yang sebenar sebab dia dah mula mengarut. Ikutkan hati syarikat produksi tu mahu saja mereka tamatkan khidmat pengacara tu serta merta tetapi ketuanya tak bagi. Kononnya suruh bagi peluang lagi pada pengacara tu.
Masalahnya dari awal program hinggalah program tu dah pun bergerak setengah, dia masih lagi tak berubah-ubah. Sudah ditegur pun masih lagi macam tu. Dengar katanya khidmat pengacara itu dalam program yang dikendalikan tak lama. Habis saja satu musim mungkin khidmat dia tak diperlukan lagi. Hai, harap muka saja cantik dan bergaya tapi apabila bercakap kosong tak berisi. Bukan sekali dua kita dengar rungutan pasal pengacara yang seorang ini, dah banyak kali.
-----
Hillary Swank penerima Anugerah Keamanan Time
WATAKNYA sebagai guru berdedikasi, Erin Gruwell menerusi filem Freedom Writers berjaya menarik perhatian sebuah jenama jam dari Swiss, Jaeger-LeCoultre untuk menganugerahi pelakon wanita tersohor Hollywood, Hillary Swank dengan Anugerah Keamanan Time.
Anugerah penuh berprestij berupa sebuah jam meja The Atmos itu disampaikan oleh pereka syarikat berkenaan, Janek Deleskiewicz dalam satu majlis resepsi koktel yang cukup meriah diikuti makan malam serta persembahan nyanyian di sebuah hotel terkemuka, Bel-Air, Los Angeles, baru-baru ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home